Showing posts with label Mee/Pasta. Show all posts
Showing posts with label Mee/Pasta. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

MEE KARI NYONYA

Salam lebaran untuk semua.. bagi warga di negeri Johor masih meriah meraikan lebaran sehingga ke penghujung syawal.. program marhaban di taman memenuhi ruang malam, rumah terbuka,  n majlis perkahwinan memenuhi jadual hujung minggu pula..
Mencuri masa utk mengemaskini blog ini.. dengan menu kegemaran en hb.. kali ini saya mencuba resepi mee kari nyonya kak Jee,  saya copypaste dari dapur Azian Collections..saya sangat setuju dengan pandangan azie.. memang SEDAP!.. esok ada tetamu  nak beraya di rumah so boleh lah saya masak sekali lagi mee kari ni esok.. terima kasih kak Jee n Azian..


MEE KARI NYONYA
Sumber asal : Kjee
Rujukan : Azian Collections.
BAHAN-BAHAN:-
1 cawan rempah kari daging babas

½ cawan cili kisar
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

kacang panjang
Terung panjang
cara penyediaan:-
1.Tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

3.Bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka kepekatannya.
3. Bila dah menggelegak, masukkan santan pekat 1 cawan. 

4. Biarkan ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. 
rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.
5. Celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk.  begitu juga taupok , tahu goreng yg dipotong nipis  , kacang panjang dan terung yang telah di goreng sebentar dan disusun atas mi
6. Curah kan kuah dan letakkan daun pudina, hirisan limau , fucuk goreng serta sambal dan telor rebus jika suka...




Wednesday, August 1, 2012

MEEHOON GORENG TAUCU


Salam Ramadhan yang ke 12.. mengemaskini menu berbuka semalam.. menu biasa2 sahaja.. terima kasih ayu n hana..


MEEHOON GORENG TAUCU
(Sumber : Hana's Family)
(Resepi asal : Curlybabesatisfaction)
Bahan-bahan
  • 400g mee hoon direndam hingga lembut
  • *50g udang kering direndam/ saya guna ikan bilis
  • *3 biji bawang putih
  • *11/2 biji bawang besar - bahan * dikisar
  • 4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • udang sederhana besar
  • sawi secukupnya
  • taugeh secukupnya
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
Hiasan
  • tauhu goreng dihiris (optional)
  • daun kucai-(optional)
  • telur dadar yang dihiris halus
  • jus limau
  • cili jeruk
  • bawang goreng
Cara-cara
  • Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu.
  • Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.
  •  
  • saya masukkan sawi kemudian... 

Sunday, March 25, 2012

MEE HONGKONG

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera... macam rajin pulak hari ini semata2 bangun pagi (kul 5.00am) untuk mengemaskini maklumat permohonan UPU Aimman.. selepas gagal menembusi web tersebut semalam ... Ini pula aktiviti menambah berat badan di hari sabtu malam ahad .. mungkin sebahagian  kesan bila mengambil vitamin B utk aktif women.. bila tak aktif berkerja mulalah perut ni aktif meminta2 kerja... pengajarannya bila tak ke sekolah tu tak perlulah  menelan byk2 vitamin agaknya..

Kelantang-kelentung jam 9 malam.. ini lah hasilnya.. akhirnya dapat menghirup kuah mee hongkong.. tak taulah apa sejarah nama mee ini.. bila oder di kedai..  lebihkurang beginilah rupa mee yg dihantar.. tapi saya rasa mee hongkong saya lagi kelass.. baik dari sudut persembahan dan rasa... hahahaha... sesi puji-pujian jap.. saya guna bahan yg seadanya di peti ais almaklumlah menu yang tiada pelan strategik canggih.

MEE HONGKONG
(oleh : INSPIRASIKU)

Bahan2
1 mangkuk kecil mee kuning
2 biji telur dikocok + sedikit garam
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Bahan2 kuah
2 biji bawang putih - diketuk/hiris2
1/2 biji bawang besar kuning- hiris2
1 sudu besar sos tiram
1 biji lada merah
Sayur2- karot & sawi
Udang/fish ball/ayam jika ada
sedikit serbuk lada sulah
garam/gula mengikut rasa
1 sk tepung jagung(utk memekatkan kuah)
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya - utk kuah

Cara-cara:
1. Satukan mee & telur, gaul rata dan goreng dalam minyak yg telah di panaskan.. api perlahan supaya mee dapat masak rata dan tidak hangus. Angkat & letakan ats pinggan
2.Tumis bawang putih, bawang besar sehingga beraroma.. masukkan sos tiram, gaul rata diikuti udang/ayam/fishball serta karot.Gaul rata  kemudian bolehlah masukan air utk kuah secukupnya.
3.Biarkan kuah mendidih, kemudian masukan hirisan lada dan sawi.
4.Perasakan garam/gula dan lada sulah. Akhir sekali masukan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Tuangkan kuah ke atas mee yang telah digoreng tadi.

 

Saturday, December 3, 2011

BEEHOON SUP UTARA

Siri menghabiskan tulang2 daging korban tempohari.. masak sup utara jer senang.. Malas pulak nak buat nasi impit.. so gantikan nasi impit dengan beehon.. gunakan resepi soto daging utara quinnie.. TQ Quinnie

SOTO DAGING UTARA


Bahan2 sup

1 kg daging cincang
1 kg tulang
5 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma
2 helai daun pandan disimpul
2 inci halia diketuk..ketuk bagi dia pecah2 skit je..tak mo hancur sgt
1 inci lengkuas*
2 serai*
1 bawang besar*
6 bawang putih* (bahan ni tak yah tumbuk..biar dlm bentuk asal )
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1 kiub ayam
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk lumat
4 ketul kentang dipotong 8
garam

bahan sampingan

nasi impit/ bihun /mee/ kuetiau
bawang goreng
sambal kicap
sayur taugeh
daun sup dan daun bawang yg dihiris

Cara2

1. mula2 basuh bersih daging dan tulang. kemudian masukkan kedalam periuk...biar besar skit periuknya...lepas tu..masukkan air secukupnya...masukkan daun pandan yg disimpul...rempah sup dan rempah kurma....bawang besar..bawang putih..halia..lengkuas..serai...kulit kayu manis...buah pelaga...bunga cengkih....tutup periuk dan masak selama 1 jam....

2. selepas satu jam...masukkan kiub ayam...kentang dan lada hitam yg ditumbuk. masak lagi selama 1 jam...kiranya masak sampai 2 jam la....masak lama sebab nak bagi daging tu lembut.....rasa daging..kalau dah lembut boleh tambahkan garam..kalau tak lembut lagi...masak lagi hingga daging lembut....lepas tu baru letak garam...jgn letak garam selagi daging tak lembut ye...tambah air jika air berkurang....

3. bila dah masak boleh la dihidang dgn bahan2 sampingan....isi nasi impit dalam mangkok..masukkan taugeh...daun bawang dan sup...cili kicap...dan bawang goreng...lepas tu masukkan kuah sup serta dagingnya...dah siap..boleh la makan..senang je nak buat nya sebab campak2 je semua bahan..:)

4..cili kicap...cara nak buat...bawang putih skit..cili padi skit...kicap cair lemak manis...blend bahan hingga lumat...dah siap..:)

Monday, November 28, 2011

MEE HOON GORENG PUTIH/ LADA SULAH

Sarapan pagi tadi.. masak sempoi2 .. yang ada daging jer.. kalau ada udg n sotong tentu lebih sedap.. meehoon ni makan digandingkan dengan sambal kicap .. kalau rajin boleh buat sambal tumis ikan bilis.. sesuai jugak untuk anak2 kecil..

Saya ubah suai sikit resepi saya ni di MYR.. dah lama rupanya saya suke memasak (6/9/2008) .. yg asal boleh tgok di sana ye..


Mee Hoon Goreng Putih/Lada Sulah

(Sumber: By Zana di MYRESEPI)

  • 200 gm meehoon (direndam sebentar)
  • sedikit daging lembu dipotong kecil
  • 10ekor/lebih udang../tak letak.. tak da stok
  • 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
  • sedikit sawi../tak letak tak da stok..
  • 4 ulas bawang kecil*
  • 2-3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • sedikit garam, serbuk lada putih
  • daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
  3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
  4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
  5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah

Sunday, October 30, 2011

BAKED MACARONI

Habis sudah cuti2 Deepavali.. tak ke mana2 pun.. melayan aimman yang bakal menduduki peperiksaan SPM bertulis 14 Nov nanti .. dah lama nak buat baked pasta ni.. asyik tertangguh2 sehinggakan mozarella cheese yg dibeli hampir luput tarikh.. hari ni sempat jugak memenuhi permintaan syamira yg nakkan samosa lagi.. ini kira menu breakfast merangkap lunch yer .. guna resepi Dayang dari Dapurku Sayang.. Terima kasih dayang.. akk CP resepi utk dikongsi bersama .. untuk lihat hasil yang sangat cantik bolehlah jengok ke dapur dayang yer.. hasilnya tak cantik bila dipotong.. tentu ada silap dimana2 tu .. yg pasti sos putih akk ni mmg cukup2 jer... begitu juga sos pasta tu.. macam sikit pulak .. lain kali kene lebihkan .. akk punya berderai bila dipotong.. panas2 terus kene terkam.. tak sempat nk menyejuk.. anyway pasta camni mmg sedap mkn panas2.. tq again dayang!..


selepas dituang sos putih dan taburan mozarela cheese..
baru kuar oven.. best- best...

Baked Pasta

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

Friday, August 19, 2011

MEE KARI 2

Mee kari n cempedak goreng.. Resepi mee kari CP dari dapur Ika.. sumber asal kak Nor secubit garam.. Tq kak nor n ika.. tak sempat nk selongkar2 gobok kak nor cari rspi .. link kt ika dulu yer kak.. malam2 nnti saya dtg dapur akk..

MEE KARI
K.Nor Style
Resepi Asal: KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan2:
  • isi ayam, udang, isi kerang
  • fish/chicken ball
  • 4 - 5 sudu cili mesin
  • 5 - 6 sudu besar rempah kari
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar kicap
  • 4 liter air
  • 1 - 1 1/2 cawan santan pekat
  • air asam jawa>>Yg ni kita tak masukkan gantikan dgn sos tomato
  • 1 kiub pati ayam
  • sawi
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar gula
  • minyak

bahan dikisar:
  • 3 bj bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia

bahan sampingan:
  • mee kuning secukupnya
  • telur rebus
  • tauhu ~ digoreng dan dipotong
  • taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
  • daun saderi ~ dihiris
  • bawang goreng ~ jika suka
  • cili merah/cili padi ~ dihiris
  • limau kasturi/nipis

cempedak goreng...



Sunday, June 5, 2011

MEE KARI

Makan2 petang semalam... mee kari seadanya.. guna apa2 seadanya di peti ais... resepi Cikgu Hana di MYR... TQ ina..

MEE KARI
Sumber : MyResepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • mee kuning - celur sekejap
  • 300g potongan ayam/daging/tetel.. sy guna ayam
  • 200g udang segar
  • *1-1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci lengkuas
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 2 sudu besar pes kari daging
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar kerisik- saya tak letak
  • 1-2 ketul kiub ayam
  • 1-2 keping asam gelugur
  • santan pekat
  • air
  • fish ball/fish cake
  • tauhu pok
  • kerang rebus - jika ada
  • garam, perisa/gula (jika suka)
  • >>Bahan-bahan sampingan<<
  • sawi - celur ngan pokok2 skali then potong 3cm
  • taugeh - buang ekor
  • telur rebus - belah dua
  • tauhu goreng - hiris nipis
  • bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah.
  • limau kasturi / limau nipis
  • sambal tumis

Cara-cara

  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam/daging/tetel dan juga air. rebus hingga empuk.
  4. Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar.
  5. Masukkan pula udang, kerang, fish ball, tauhu pok,kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka.
  6. Didihkan lagi sekali. tutup api.
  7. Hidangkan mee bersama2 kuah dan bahan2 topping dan juga sambal utk yg suka lebih pedas!

Sunday, April 17, 2011

MEE HOON GORENG LADA PUTIH

Macam dah lama tak goreng mee hoon putih ni.. sesuai utk kanak2.. untuk dewasa mesti digandingkan dengan sambal kicap..


MEEHOON GORENG LADA PUTIH


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 200 gm meehoon (direndam 30 min)
  • sedikit daging lembu dipotong kecil
  • 10ekor/lebih udang
  • 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
  • sedikit sawi
  • 4 ulas bawang kecil*
  • 2-3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • sedikit garam, serbuk lada putih
  • daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
  3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
  4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
  5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah. Enak dimakan bersama sambal kicap.

Friday, March 18, 2011

Mee Goreng Belacan

Hasil selongkar2 gobok resepi Ayu Curlybabe's Satisfaction untuk sarapan pagi semalam.. tq ayu for sharing.. akk CP resepi ayu di sini..

Mee Goreng Belacan
Ingredients:-
500 g mee kuning
1 keping fishcake
5-6 ekor udang
1 ekor sotong sederhana besar
1/2 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar bawang putih kisar
2-3 biji telur
sawi & taugeh ikut suka
2-3 sudu besar sambal belacan-(ikut kepedasan)
2 batang cili hijau dihiris
1 sudu besar lada hitam serbuk
1-2 sudu besar kicap manis
sedikit garam-kalau perlu
serbuk perasa secukup nya
1 cube ayam
sedikit air

Method:-
Tumis bawang hiris hingga layu. Masukkan bawang putih kisar, sambal belacan & serbuk lada hitam dan kacau hingga naik bau. Masukkan lada hijau hiris, kicap manis, cube ayam, sotong, udang & fishcake. Gaul rata.Kalau kering boleh masukkan air sedikit.Perasakan dengan sedikit garam jika perlu & serbuk perasa. Masukkan mee, gaul rata, buat lubang ditengah pecahkan telur, biarkan sekejap. Gaul rata, masukkan sawi
dan gaul lagi, akhir sekali masukkan taugeh. Siap untuk dihidang.

Friday, November 19, 2010

Mee Soup Tomato

Versi malas lagi.. kali ni mee pulak yg kene... bwg besar potong 8, bwg putih hentak belakng pisau.. tumis.. bila dah 'layu' masukkan tomoto soup kimball, tambah sos cili, masuk udang n sayur klau suka... last masuk mee... perasakan grm n gula... siap...

Aimman kata ibu masak mee apa ni... mcm ada rasa western, cam ada rasa mee warong.. hahaha.. makan jer la bang.. aimman kan tak kisahhh...

Saturday, November 13, 2010

Mushroom Spaghetti

Jom makannn...

Menu simple jer.. tambah sosej yg dipotong kecil kemudian di goreng...

Thursday, November 4, 2010

Laksa Nyonya Melaka

Jom kita berlaksa pulak... saya guna spageti klau dapat laksa tentu sedap.. resepi CP dari Pickles and Spices World..


Spicy paste (grind to a fine paste):
  • 200g onion
  • 100g gelangal
  • 50g fresh turmeric
  • 50g belachan
  • 2 lemon grass
  • 5 candle nuts@buah keras
  • 30 stalks of dried chillies
  • 60g dried shrimps

Gravy:

  • 2 tbs cooking oil
  • 1/2 chicken (cut into small pieces)
  • 10 medium prawns
  • 1 litre coconut milk
  • 250ml water
  • 6 pcs tamarind apple slices (asam keping)
  • 3 stalks of ginger bud
  • Salt and sugar to taste
  • saya tambah tauhu pok..

Garnish:

  • Cucumber, deseeded and sliced thinly
  • Red chillies
  • Spring onion.. lupa pulak.. n saya letak taugeh
  • Boiled eggs

Method:

  • Heat oil and sautee spicy paste until fragrant and oil separates.
  • Add in chicken and prawns, cook.
  • Add in coconut milk and a little water.
  • Add in ginger bud.
  • Throw in salt and sugar to taste.
  • Serve with yellow noodles or rice vermicilli and garnish accordingly

Monday, August 2, 2010

Mee Kari

Menu tertunggak lagi.. semua dah abis.. so tengok jer lahhhh...

Saturday, July 3, 2010

Mee Bandung Malas..

Makan2 ptg.. Mee bandung seadanya.. yg penting ada rasa pedas, rasa udg kering,ada kacang, ada rasa garam n rasa manis... yg lain2 tu penyedap mata.. daging, telur, udang n tauhu..

Friday, March 26, 2010

Tomato Spaghetti

Menu Aimmann......... sos readymade .. tambah jer meatball..

Thursday, December 3, 2009

Prawn Tomato Spaghetti

hentam saja tajuk spaghetti niiii.... guna baki2 stok dlm peti ais yg dah melapang.. anak kata boleh letak sofa n TV dlm peti ais ni bu... hahahaha.. belum sempat lagi nak soping barang dapur n target mmg nak 'clear' semua stok2 dlm tin n peti ais tu dulu...

......bwg besar potong dadu/bwg putih potong kecik.. tumis.. masuk 5 biji cili padi tumbuk kasi pedas.. masuk udang.. last masuk 1 tin sos tomato tradisi prego n mix vegi ..boh garam sikit .. dah siapp..
Spaghetti celur ikut arahan pengeluar...

Wednesday, September 9, 2009

Mee Hoon Goreng

Mee hoon goreng sempoi jer.. malas nak letak udang.. layan bebola daging.. yg penting taugeh kasi lebeyyyy...

Monday, September 7, 2009

Mee Bandung Tulang...

Program masak2 di kg.. ahad 6 Sept 2009... Mee Bandung tulang lembu.. sesuai untuk pengemar tulang2 mcm saya... harga tulang RM 18/kg.. beli se kg jer untuk masak mee bandung.. tak boleh mkn byk2 high kolestrolllll....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin